Pengkolonian (biologi)

Pengkolonian[1] ialah proses biologi berlaku apabila satu spesies merebak ke kawasan baru. Pengkolonian sering merujuk kepada penghijrahan berjaya sesuatu populasi sehingga menjadi bersepadu ke dalam komuniti ekologi, setelah merintang terhadap ancaman kepupusan tempatan pada peringkat awal. Dalam ekologi, ia diwakili oleh simbol λ (huruf kecil lambda) untuk menandakan kadar pertumbuhan intrinsik jangka panjang populasi.Satu model saintifik klasik dalam biogeografi menyatakan bahawa sesuatu spesies mesti terus menjajah kawasan baharu sepanjang kitaran hayatnya (dipanggil kitaran takson) untuk mencapai kepanjangan hayat.[2] Sehubungan itu, penjajahan dan kepupusan adalah komponen utama biogeografi pulau, teori yang mempunyai banyak aplikasi dalam ekologi, seperti metapopulasi.

Berkaitan